Skip to main content

Nikmatnya perpisahan insan ber"couple" >.<'

assalamualaikum semua =) 

alhamdulillah , aku masih lagi berpeluang untuk bernafas dan melakukan ibadah di bumi Allah ini :) emm , tadi aku khusyuk dok usha' aktiviti kawan-kawan mukabuku aku , terus aku terjumpa "note" tajuk yang sama dengan entry di atas "nikmatnya perpisahan insan ber"couple" . cerita ne best tertarik pulak hati aku maw share dengan anda anda semua , hewhew ~ lagi pon , sharing is caring kan , tapi aku maw tukar la ayat tue , biar sweet sikit ;) sharing is loving ! =)

the story begin ~ 


"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."

"Kenapa pulak?"

"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."


Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..



Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.


Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.


~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.


Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"


(Surah al-Baqarah ayat 216)


"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."


Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.


Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.



Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.


Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.



" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.

Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s" )



Wallahu Ta'ala A'lam . . .





sekian entry untuk kali ini ,itulah hakikat cinta yang sebenar =)


# noktah . sekian . terima kasih =)

# jaga diri , jaga iman =)

# assalamualaikum =)


ehh ! ? lupa , this story aku kopi pasta dari page  Institut Latihan Dan Dakwah Selangor di muka buku ^_^  terima kasih ~ hewhew ! 

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Cikgu ^_^

Assalamualaikum semua , hai =) Hari ini hari khamis bersamaan 16 mei 2013 , kita semua tahu hari ini hari guru , yeaa ~ selalunya aku dengan muka yang comel pergi salam-salam cikgu sambil ucap "selamat hari guru, cikgu , terima kasih untuk segala-galanya , doakan kejayaan saya"  indahnya zaman sekolah kan , semuanya aku belajar di sekolah , ehh ? lupaa ~ aku tinggal asrama , yaa . . enam tahun di sekolah dan asrama yang sama bersama cikgu-cikgu kesayangan serta kawan-kawan yang tercinta :) dalam enam tahun itu jugalah aku lalui pelbagai kenangan , hoh0 ~ (mood tiba-tiba sedih pulakk! adoii) okay , bila ingat zaman kegemilangan masa sekolah dulu , automatik perasaan aku sedih , huhu ~ banyak kenangan manis , pahit , masam , kelat dan macam-macam . yalaa , enam tahun pelbagai kenangan tercipta . apa pun , semua kenangan itu perlu di kenang sebagai kenangan yang terindah bukan untuk di tangisi :) chill yaww !  Jom tengok gambar aku zaman sekolah bersama orang-orang terc...

repost . pasang niat .

assalamualaikum :) hai . hai . hai . hai . PASANG NIAT ?  adeh ! macam lain pulak . ahaaa :D   okay . okay . semester baru ?  semester dua di kolej islam pahang sultan ahmad shah  (kerajinan juga aku taip full name --')  minggu depan bermula la kehidupan aku sebagai senior ? maybe, ahaa ! sem 2 :) dan, subjek-subjek dia semestinya semakin mengancam jiwa dan raga . .apa pon, aku akan senyum walaupun payah macam ketam salah masuk rumah ? =.=' target : 1. stay cool dengan semua subjek , classmate baru, pensyarah baru, bilik baru :) 2. sedaya upaya akan menyembunyikan diri daripada di lihat oleh monster. --' 3. study rajin-rajin, tak mahu stay-stay di cafe apatah lagi di anjung . 4. akan menjadi seseorang yang friendly dengan semua orang , maklumlah , aku kan pemalu . .ahaa! pemalu la sangat :p 5. ingin mengurangkan nafsu yang selalu menghantui diri untuk membeli-belah di shopping complex bersama kawan-kawan.hweh...

Anak kampung =)

assalamualaikum semua :D  say hi to me =D hwehwee , mata aq semakin lawa ditambah dengan eyeshadow semula jadi ! :D haha ! yeaahh ! eyebagggg ! semakin hari semakin aktif dia berkampung di kelopak mata aku yea , aku rasa sekarang dia ada keluarga yang besar sudah di mata aku ne ! (okay ! tamanni' semata-mata ! ahhaa !) okay , pagi-pagi yang indah ini aku ingin share something that brings me to switch on my lappy and write new entry to my beloved blog :D ngee ~ (sekian speaking)ahaa ! gila sudah kali aku pagi-pagi ne speaking konon ! mungkinnnnn . . . .(cakap macam eyjam selalu cakap, agak panjang sebutannya :D )  aku sebenarnya ndak faham kenapa laa aku belum tidur ne , aku excited sudah tadi maw tidur , tapi aku stay-stay dengar lagu terus terdengar ne lagu , jadi tiba-tiba aku terasa rajin pulak maw taip entry yang baru pasal lagu ne :D okay laa , jom nyanyi sesama ! ^_^ memang kita ini , anak orang miskin, xda apa-apa yang dapat diberikan ~  aku memang cant...