kAyu k0kka merupakan jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS~
Setiap ciptaan ALLAH SWT mempunyai pelbagai
rahsia dan kelebihannya tersendiri..sinaran matahari dan titisan hujan
menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia yang unik.kemudian dari
pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat rahsia.ALLAH SWT memerintahkan
manusia mencari dan menkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang
terkandung di dalamnya.Dengan taufik dan hidayahNya,manusia mampu berfikir dan
mendapat petunjuk dalam usaha mener0kai khazanah Allah SWT lalu menemui
pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.
Sepertimana kita sedia maklum,platium,emas dan
perak merupakan bahan logam yang paling berharga.PLANTIUM merupakan logam yang
paling mahal dan antara kelebihan yang ada padanya ialah
kemampuan menyingkirkan haba.Bagi wanita misalnya,EMAS adalah sangat
tinggi nilainya.Antara logam yang bernilai tiggi dalam industri pembinaan pula
ialah TINTANIUM yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana
ringan dan keras.Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya
tersendiri.Namun dalam kebanyakan logam,besi berani atau magnet adalah logam
paling unik dan aneh..
Didalam kategori kayu pula,kajian santifik
mendapati TONGKAT ALI mengandungi khasiat sabagai penawar bagi menguatkan
tenaga dalam tubuh manusia.Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang
boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit.KAYU TAS pula
mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh
pengendali pertunjukan sarkis bagi menakutkan dan menundukkan binatang
buas.Manakala KAYU KOKKA pula merupakan kayu yang paling tinggi mutunya dalam
segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini.Ianya telah digunakan sejak
zaman Nabi-nabi yang terdahulu.Contohnya seperti bahterah NABI NUH AS,tongkat
NABI MUSA AS,dan NABI SYUAIB AS sendiri diperbuat daripada kayu kokka.(aq p0n
baru tahu)
Kesemua ciptaan ALLAH SWT hanyalah merupakan
perantaraan semata.ALLAH SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas
segalanya.Yakin dan berserah hanya kepada ALLAH SWT selayaknya.Percaya dan
terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.
KAYU KOKKA terdapat padanya pelbagai rahsia dan
kelebihan sebagai penawar,penyembuh,dan pelindung.Apatah lagi jika diguna pakai
dalam bentuk tasbih.KAYU KOKKA juga boleh menjadi lebih tinggi nilainya dari
masa ke semasa.KAYU KOKKA wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana
perlunya kotak 'first aid' sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.
KAYU KOKKA yang paling baik mutunya berasal dari
turki.Terdapat juga dari negara-negara lain seperti Nigeria,Iran, dan Mesir.
Diantara rahsia dan kelebihan kayu kokka menurut
pengalaman mereka yang telah memeakainya seperti berikut:
1.Rumah yang memilikinya aman dari ancaman
makhluk,insya Allah.
2.Anak menangis tidak dapat tidur,letak bawa
bantal atau rendam ke dalam air lalu di beri minum,insya Allah akan tidur.
3.Sakit gigi,rendam sebahagiannya kedalam air
suam.kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.
4.sakit kepala,sakit otot;gosok-gosokkan
kebahagian yang sakit,insya Allah sembuh.
5.Demam,sakit kuning,tonsil,kerongkong,guam dan ruam;rendam
air,beri minum atau titiskan ke mulut,insya Allah akan hilang segala bisanya.
6.Ibu dalam pantang bawa bersama semasa
tidur,rendam kedalam air suam dan minum,insya Allah aman dan sembuh segera.
7.Termakan santau atau terkena racun,batu
karang,rendamkan kedalam air dan beri minum,insya Allah sembuh.
8.Sekiranya dipakai pada tubuh badan,insya Allah
akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
9.Letakkan pada sebahagian yang terkena gigitan
binatang berbisa,insya Allah akan hilang segala bisanya.
10.Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang
zalim,insya Allah akan tenang dan aman.
11.Sekiranya memakai ketika orang hendak
menyusahkan kita,insya Allah mereka tidak akan terdaya.
12.Menurut sejarah yang berlaku,di negara
jiran,pembebas-pembebas di empat wilayah telah membawanya bersama semasa
berperang mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya bberoleh
kemenangan,Alhamdulillah.
13.Dalam keadaan yang amat terdesak,logam panas
yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya
yang beriman dan beramal soleh.
Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan
sebagai tasbih dan berzikir,sesungguhnya ALLAH SWT jualah yang Maha Berkuasa
atas segalanya.Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya
serta sentiasa mengingati ALLAH SWT dan mohon kepadanya adalah penting dalam
memperoleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat...
Yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT,dan yang
buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.semoga dapat di maafkan demi
agama,keluarga,bangsa dan agama,insya Allah....
Comments
Post a Comment